Sat. Jun 10th, 2023

Pada tahun 1965 hingga 1970 sejarah sekolah ini bermula sebagai “kelas dewasa”. Ia diiktiraf sebagai sekolah kerajaan pada tahun 1971 dan diketuai oleh En. Ahmad Bin Ismail. Pada mulanya sekolah ini hanya ada dua bilik darjah. Pihak Tentera Darat Malaysia menambah satu lagi bilik darjah menjadikannya tiga.
Sekolah juga bermula sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, Chuping, Perlis. Muridnya terdiri dari murid darjah satu hingga darjah tiga sahaja.
Pada tahun 1975 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendirikan sebuah sekolah baru yang mengandungi satu blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan padang permainan di lokasi baru (sekarang) dengan keluasan 8.6 relong. Blok baru ini mula digunakan pada tahun 1976 dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 23.1.1977. Guru Besar pertamanya ialah Encik Othman B. Daud.
Pada tahun 1983 ditambah satu blok lagi mengandungi 7 bilik darjah, 1 bilik TV dan sebuah perpustakaan.
Sekolah berkembang lagi dengan pembinaan sebuah blok 5 darjah di bawah projek gotong-royong pada tahun 1986 dan sebuah lagi pada 1988 yang kemudiannya dijadikan blok Prasekolah pada 6.1.1992.
Pada tahun 1995 dua blok bangunan asrama dibangunkan. Sekolah seterusnya membangun lebih besar dengan terbinanya bangunan 4 tingkat pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 2000 setelah siap dibina. Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah didirikan dan terus digunakan pada tahun yang sama.
Hingga kini sekolah telah mempunyai infranstruktur yang mencukupi dan kemudahan yang memuaskan.

By admin

Leave a Reply