Pada 22 Ogos 2016 yang lalu Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB) telah mengadakan sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah bertempat di perkarangan SKBB. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, En. Yaakob Bin Abdul Aziz. Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk jemputan kehormat dan guru-guru SKBB diiringi oleh basikal berhias ke dewan SKBB. Sambutan ini lebih meriah dengan persembahan murid-murid serta pakaian tradisional yang menggambarkan semangat cintakan Malaysia.