Sat. Jun 10th, 2023

Warga SK Batu Bertangkup (SKBB) telah melancarkan video raya mereka yang terbaru untuk Tahun 2023. Pada tahun ini lagu tema raya yang dipilih adalah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hael Husaini & DOLLA bertajuk Suara Lebaran Kita.

Seperti tahun-tahun sebelumnya video raya ini dicetuskan dari idea Ustaz Mohamad Nasir bin Rejab, Guru Besar SK Batu Bertangkup. Pengarah video ini adalah Cikgu Nor Hasfalina dan pada tahun ini SKBB mendapat sentuhan daripada guru baharu iaitu Cikgu Nur Farra Aniesya sebagai jurugambar dan penyunting video tersebut. Memang terbaik hasil kerja cikgu ini (orang muda katakan!).

Lokasi penggambaran adalah sekitar SKBB dan juga di lapangan KENAF. Penggambaran video klip ini melibatkan semua guru, beberapa orang murid, kakitangan sekolah, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan juga ibu bapa yang sangat Sporting dalam menjayakan video ini.

Jom tonton aksi-aksi lucu dan mencuit hati semua warga SKBB dalam video Suara Lebaran Kita.

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON

By admin

Leave a Reply