Bahawasanya Kami Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Perlis Berjanji dan Berikrar,
- Akan menjadikan sekolah ini sebuah institusi yang menghasilkan para cendikiawan, para ilmuan yang akan membawa negara Malaysia ke mercu kecemerlangan.
- Akan menjadikan sekolah ini sebuah institusi yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam bidang pendidikan.
- Akan menjadikan sekolah ini sebuah institusi yang bersih, indah, nyaman, riang dan selamat serta kondusif untuk melahirkan generasi, masa depan yang sempurna rohani dan jasmaninya.
- Akan menjadikan sekolah ini sebuah institusi masyarakat yang berfungsi merapatkan hubungan antara sekolah dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak berkenaan di dalam menjayakan misi pembangunan insan melalui pendidikan.
