Mon. Mar 27th, 2023

Pada 6 Oktober 2016, satu majlis telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB). Majlis ini dinamakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih. Majlis ini diadakan sempena perpisahan Guru Penolong Kanan HEM SKBB iaitu Encik Che Rasaidi Bin Che Yob yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Padang Kota mulai 1 Oktober 2016 yang lalu. Majlis ini juga sempena menyambut ketibaan guru besar SKBB yang baru iaitu Encik Mohamad Nasir Bin Rejab dari SK LKTP Chuping yang menggantikan Puan Akmal Binti Mat Rata yang telah bertukar ke SK Bohor Empiang mulai tarikh yang sama. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran mantan guru besar SKBB iaitu Encik Rahalin Bin Abdul Rahman dan YDP PIBG iaitu Encik Ali Bin Ismail. Acara bermula pada pukul 11 pagi dengan semua warga SKBB berkumpul di Dewan. Dua orang guru telah dilantik menjadi pengacara majlis iaitu Encik Marhisyam Bin Mat Russ dan Puan Wan Baizura Binti Wan Ismail. Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Nazri Bin Mohd Radzi. Aturcara seterusnya adalah ucapan daripada ketua murid SKBB iaitu Hanis Afiqah Binti Ahmad Syukri. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran SKBB iaitu Ustaz Hamizan Bin Salleh. Seterusnya adalah tayangan video ucapan daripada warga SKBB serta video yang mengandungai foto-foto Encik Che Rasaidi Bin Che Yob yang turut menyampaikan ucapan beliau selepas itu. Semasa aturcara persembahan murid, guru besar SKBB yang baru iaitu Encik Mohamad Nasir Bin Rejab dan rombongannya terdiri daripada 25 orang guru dari SK LKTP Chuping pun tiba. Mereka juga turut dihiburkan dengan persembahan murid-murid dari Tahun 6 Mulia yang menyampaikan 2 buah lagu iaitu Kenangan Terindah dan Memori Tercipta dibimbing oleh Puan Norzaili Binti Ramli dan Puan Apzan Binti Abdul Rahman. Guru besar SKBB yang baru turut menyampaikan ucapan pertama beliau kepada warga SKBB. Selepas itu sesi penyampaian hadiah kenang-kenangan dari warga SKBB kepada Encik Che Rasaidi Bin Che Yob dan sesi bersalaman turut diadakan. Akhir sekali jamuan diadakan di kantin SKBB sebagai penutup majlis pada kali ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By admin

Leave a Reply