Sat. Jun 10th, 2023

Seramai 13 orang murid dari SK Batu Bertangkup telah terlibat dalam penggambaran video pendek bertema kepahlawanan melayu iaitu Mat Kilau. Video arahan Cikgu Nor Hasfalina Hasan ini dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kampung Sungai Padang Kuala Perlis, Timah Tasoh dan Rumah Asnaf Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) selama tiga hari. Video ini adalah sempena pertandingan Bulan Kemerdekaan yang melibatkan kategori sekolah rendah, menengah dan sektor-sektor JPNPs. Diharapkan semangat patriotik serta sayangkan tanah air dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid dengan penghasilan video seperti ini.

Jom tonton sehingga habis. Selepas itu LIKE, KOMEN dan SHARE dengan rakan-rakan anda!

TONTON VIDEO KILAU SATRIA BANGSA

By admin

Leave a Reply