
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah, terutamanya barisan jawatankuasa Portal Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, atas kerjasama dan komitmen bagi menghidupkan semula portal ini dengan memuatkan kandungan dan informasi-informasi yang menarik dan bermanfaat. Portal ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.
Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025.
“BANGGALAH PADA DIRIMU SENDIRI,
MESKI ADA YANG TIDAK MENYUKAI,
KADANG MEREKA MEMBENCI
KERANA
MEREKA TAK MAMPU
MENJADI SEPERTI DIRIMU”
Saya yang benar,
Puan Akmal bt Hj Mat Rata
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup
Nota : Mulai 1 Oktober 2016, Puan Akmal Binti Mat Rata telah bertukar ke SK Bohor Empiang.
