Mon. Mar 27th, 2023

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari
dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains
Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan
#mydigitalmaker movement.

Seramai 196 orang murid dari Tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB) telah terlibat dalam aktiviti Hour of Code ini. Aktiviti ini telah dijalankan mulai 6 hingga 10 November 2017 bertempat di Makmal Komputer dan Pusat Akses SKBB. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan murid-murid berasa tidak sabar untuk mencuba aplikasi baru dalam teknologi pendidikan ini.

#hourofcode #mydigitalmaker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

By admin

Leave a Reply