Sat. Jun 10th, 2023

Pada 9 September 2016 (Jumaat) telah diadakan gotong-royong sempena pencegahan wabak virus ZIKA di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB). Aktiviti ini adalah anjuran daripada unit HEM SKBB. Pada pukul 7.40 pagi, semua guru dan murid telah berkumpul di dewan SKBB untuk mendengar taklimat mengenai wabak virus ZIKA yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan HEM SKBB iaitu Che Rasaidi Bin Che Yob dan juga Guru Besar SKBB iaitu Puan Akmal Binti Mat Rata. Selepas itu semua guru dan murid melakukan senamrobik di dataran perhimpunan SKBB. Aktiviti gotong-royong bermula selepas senamrobik diadakan. Ianya meliputi keseluruhan persekitaran SKBB termasuk di Asrama Desa SKBB. Murid-murid dibahagikan mengikut kelas dan guru yang telah ditetapkan mengikut agihan tugas. Semua guru dan murid menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Aktiviti selesai pada pukul 10 pagi.

 

By admin

Leave a Reply