Taklimat SPeeD-uP Kali Pertama Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup 2016

Taklimat SPeeD-uP Kali Pertama Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB) 2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKBB pada jam 2.30 petang. Taklimat ini adalah mengenai School Performance Development Program (SPeeD-uP). Program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, menganjakkan sekolah ke ranking/band yang lebih baik dan seterusnya menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Langkah proaktif yang diambil untuk membantu dan memotivasi sekolah yang berada antara sekolah berprestasi tinggi dengan sekolah berprestasi rendah sebagai pelengkap bagi memastikan kesinambungan usaha merapatkan jurang ini. Taklimat ini turut dihadiri oleh Ketua Sektor Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Perlis iaitu Puan Siti Hatifah Binti Yahya. 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...