Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan

Pada 26 September 2016 bertempat di medan perhimpunan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB) telah diadakan sambutan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan untuk tahun 2016. Majlis ini bermula pada pukul 7.40 pagi melibatkan semua guru dan murid di SKBB. Majlis dimulakan dengan ucapan penyelaras daripada Guru Penolong Kanan HEM SKBB iaitu Encik Che Rasaidi Che Yob. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SKBB yang terlibat menjayakan majlis ini secara langsung ataupun tidak langsung. Beliau juga berharap sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Seterusnya adalah ucapan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Hamizan Bin Salleh yang mewakili Guru Besar SKBB yang tidak dapat hadir bersama-sama untuk menjayakan majlis ini kerana bermesyuarat. Beliau juga merasmikan majlis penutupan ini. Majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan baju kreatif yang melibatkan murid-murid di SKBB. Pelbagai fesyen pakaian yang diperagakan oleh murid-murid ini membuktikan semangat cintakan negara dalam diri mereka. Acara ini dipertandingkan dan murid-murid yang memperagakan pakaian baju kebangsaan yang tercantik telah diberikan hadiah oleh juri-juri yang dipilih. Akhir sekali persembahan koir dari murid-murid SKBB mengakhiri sambutan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan SKBB pada tahun 2016 ini.

 

 

Sumber foto :

  1. Cikgu Laksamana Bin Saad
  2. Ustaz Ahmad Hanif Bin Ismail
  3. Cikgu Apzan Binti Abdul Rahman

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...