Hour of Code di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer...